Kenyataan Dr Hasan Mohd Ali Serbuan Gereja Methodist Damansara Utama

YB Dr Hasan Mohd Ali, selaku Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor dan mewakili JAIS mendakwa terdapat 12 orang Islam menghadiri majlis kesyukuran tahunan anjuran pihak gereja terbabit. Seorang penganjur beragama Islam menghalang mereka masuk selama sejam. Selepas rundingan, mereka dibenarkan masuk selepas majlis tamat. Perkataan “Quran” dan “Pray” turut diselitkan di dalam ucapan. Pegawai Penguatkuasa JAIS tidak melakukan sebarang tangkapan, cuma pemeriksaan selepas rundingan dengan penganjur yang beragama Islam. Ada yang cuba lari mengikut pintu belakang. Beberapa bahan telah diperiksa termasuk dalam tong sampah. 12 orang Islam itu diminta memberi penjelasan kepada Bahagian Penguatkuasaan JAIS pada hari lain.[2][3]

Mereka boleh didakwa dibawah Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995 kiranya terbukti ada unsur penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut beragama Islam.

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Serbuan Gereja Methodist Damansara Utama http://www.freemalaysiakini.com/modules.php?name=N... http://www.freemalaysiakini.com/modules.php?name=N... http://malaysiakini.com/news/178282 http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/... http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/... http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/articl... http://www.themalaysianinsider.com/sideviews/artic... http://archive.is/20120719192856/my.news.yahoo.com... http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Tindaka... http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/dept...